Monday, 2 April 2018

SCAMMERS !


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati.

Tajuk ini saya bawakan sekadar untuk peringatan kita bersama. Ayuni cerita berdasarkan pengalaman. Ayuni pernah ditipu scammers dan lesap RM2100 duit Ayuni.

Scammers ni Ayuni x tau nak ckp apa. Maybe dia terdesak sangat mahukan duit sampai hilang sikap perikemanusiaan dia kan. Apa pun setiap yang berlaku kita tak boleh hanya salahkan satu pihak sahaja dan kita kena yakin di sebalik sesuatu ujian pasti ada hikmahnya. Allah pun dah sebutkan dalam quran bahawa Allah tidak akan sama sekali membebankan hambanya.


Pesanan admin untuk korang yang membaca agar lebih berhati-hati dan kalau berlaku ke atas diri anda,segera lakukan perkara di bawah:

1. Call pihak bank untuk membekukan bank anda sementara waktu.
2. Pergi ke balai polis untuk buat laporan dan bawa sekali bersama anda segala bahan bukti yang boleh membantu siasatan pihak polis.
3. Teruskan berdoa dan jangan putus asa.
4. Bila kita berhubung dengan polis maka bersedialah kaki untuk naik turun mahkamah sekiranya si pelaku berjaya ditangkap.
                                                                                    5. Ambil pengajaran dan jangan ulangi                                                                                                      kesilapan yang sama.

INGAT !

KITA BUAT LAPORAN BUKAN SEBAB KITA MENGHARAP KITA AKAN DAPAT BALIK DUIT KITA, TAPI KITA NAK BANTU AGAR ORANG LAIN TAK AKAN ALAMI SITUASI YANG KITA PERNAH LALUI :). BILA BUAT MACAM NI, KITA DAPAT PAHALA SEBAB NIAT KITA BERSUSAH PAYAH HANYA NAK BANTU ORANG AGAR TAK DITIPU MCM KITA...❤❤❤



"Allah itu maha pemaaf. Kenapa kita hamba kepada Allah tak pernah usaha dan selami betapa tenangnya hidup andai kita jadi seorang yang pemaaf." 



 

Tuesday, 17 October 2017

Lapan.

Assalamualaikum,salam sejahtera.
Apa khabar semua?Saya harap semua sihat belaka.

In sya allah.kita sambung topik hari ni iaitu angka lapan.

Kenapa saya pilih lapan?
Apa specialnya nombor lapan?
Kenapa bukan angka lain?
Apa kaitannya dengan kehidupan?

Haa..kan bnyk persoalan...nak tau jawapan,baca sampai bawah naa...

Baiklah,saya pilih angka lapan sebab adik beradik saya lapan orang.
Kedua,lapan ini special sbb birthday mama,kemudian esoknya birthday baba pulak.
Ketiga,angka lain bukan pilihan saya kerana saya x nmpk sinar analogi yg sesuai melainkan hanya nombor 8.
Keempat,sememangnya ini angka yg amat berkait dengan kehidupan.

Pernah makan gula2 nombor 8?
X pe,nnt search kat google.

Sebenarnya angka ini merupakan angka yang membawa erti perjalanan kehidupan kita.

Perhatikan bentuknya,berpusing dan bersambung tiada putus.Begitu juga kehidupan,kita tidak akan berhenti berjalan di dunia ni selagi nyawa dan roh kita x diambil oleh Allah.
Kalau lihat pada gula2 berangka 8 ini,teman pembaca.Anggap gula2 itu sebagai ujian.Kita sebagai manusia x boleh lari dlm ujian walau lemah mcm mana pun kita sbb kalau lari,nnt pusing2 kita akan kembali hadapi ujian yg memerlukan jalan penyelesaian yang sama namun mngkin cuma berbeza bentuk ujiannya.

Justeru,teman.andai kau diuji,usahlah dikau lari kerana kau tetap akan diuji apabila sampai saatnya nanti.Ingat!Angka 8 angka kehidupan,penentuan kekuatan kau hadapi dugaan.

"Teruskan mengorak langkahmu,jangan sesekali kau kalah dengan nafsu.Andai itu berlaku,segeralah kembali kepada Yang satu."

Tuesday, 10 October 2017

BREK HIJRAH.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya.

Harini kita masuk entri yang kedua masih lagi dalam topik hijrah.

Hijrah kalau entri sebelum ini saya bicara soal kekuatan hati dalam proses penghijrahan.Maka dalam entri kedua ini saya sambung dengan bercerita soal brek yang perlu ada dalam kita berhijrah.

Brek hijrah adalah ketakutan kita terhadap Allah walau di mana kita berada.Andai brek ini berfungsi saya yakin perjalanan hijrah akan jadi lebih mudah kerna setiap kali kita terlintas untuk kembali kepada kejahilan,brek ini automatik akan membuatkan kita terus berhenti dan melupakan niat buruk itu lantas mendorong ke arah jalan hijrah yang kita susuli selama ini.

Seandainya brek ini tidak berfungsi,maka pasti kita akan kembali melakukan kejahatan dan kembali ke jalan kejahilan bukan jalan kebenaran kerna brek hijrah kita tadi rosak atau tidak berfungsi dengan baik.

Maka,ayuh kita hidupkan brek hijrah ini dalam kehidupan seharian khusus buat yang baru berhijrah agar setiap hari yang kita lalui selepas ini menjadi lebih baik berbanding hari2 yang pernah kita lalui sebelum ini.

"JALAN HIJRAH TAK MACAM JALAN RAYA YANG RATA TIADA HALANGAN,TAPI IA UMPAMA KAU BELAYAR DI LAUTAN YANG LUAS PENUH DENGAN CABARAN"

Saturday, 7 October 2017

HATI ITU IBARAT RAJA???

Bismillahirrahmanirrahim,
Syukur aku panjatkan kepada Allah di atas kesempatan yang diberi untuk aku mencoret bicara di blog ini untuk kali yang pertama.

Disebabkan ini coretan pertama,suka untuk aku dahulukan dengan menulis atau berbicara soal hati.
Sedar atau tidak kita telah pun melalui separuh dari sebulan keseluruhan hari pada bulan Muharam kerna kini kita berada pada tanggal 16 Muharam.
Aku pasti di awal muharam yang lalu pelbagai matlamat kita letak sebagai azam tahun baru namun sudah cukup kentalkah hati kita untuk berusaha ke arah impian yang kita tetapkan?
Saudara,dalam menjalani kehidupan untuk berubah menjadi yang lebih baik,perlu teguh hati kerana hati ini ibarat raja segala anggota.

Renungkan...

Sebuah kerajaan yang ada raja tetapi rajanya langsung tidak peduli akan kabinet2 di bawahnya samada mereka jalankan tugas atau tidak.Aku pasti kerajaan itu tidak kukuh lama,ekonominya merundum,rakyatnya berbalah,kerajaannya pula dijajah!
Begitu juga dengan hati,seandainya hati kita tidak utuh untuk berubah maka pasti dan pasti azam kita untuk berubah sukar untuk kita capai.Jalan untuk berubah x macam highway tapi jalannya penuh dengan ujianway dan cubaanway.

Justeru,ayuh kita kuatkan hati kita dengan mukjizatnya yang paling agung yakni al quran serta carilah kawan yang memberi kita galakan dan semangat untuk berubah bukan teman yang sibuk mengajak kita terus hanyut dengan habuan,hiburan dan khayalan dunia...